YES! (:

hello, aku ada soalan ni utk korang. sape dapat jwb aku belanja aiskerim pop! haha. ok, apakah itu YES? haha. teka laa! ofcourse laa year end sale! dan aku telah menghabiskan duet ratusan ringgit time cuti kali nihh! hadoi. mmg kering tahap gaban ni. selamat hari tu dah beli stock maggi kat umah! haha.

seperti biasa laa, berlandaskan planning yg telah dibuat, after lunch aku dgn family terus ke salah satu jusco di jb ni. dan jusco yg bertuah itu adalah jusco tebrau city. gila gampang besarr! dah macam jusco kat melaka dah! tak pon jusco seremban 2 ataupun jusco balakong! aik, byknya nama jusco aku promote! haha. actually ni diantara jusco yg aku selalu pergi.

mula-mula ingatkan just nak jalan jalan je! yela. cuci mata kat negeri orgkan! mana tau ada yg berkenan dihati ke! haha! sumpah sesak gila dgn org! yela, normally kalau area jb ni mostly org singapore yg byk dtg shopping! masa nak parking pon byk kete plat singapore!

so, jalan punya jalan, rupanya tgn aku ni dah terkeluarkan byk gila cash utk shopping kali ni. hadoi! mmg tak disangka2! ingtkan dah taubat laa kan, sekali haram jadah taubatnya! yela, bak kata gg (bff) shopping ni adalah salah satu therapy yg paling best! agree with you babe! :)

so total pembaziran kali ni ialah RM504.50!! ok, aku diishtihar BANKRUP!! haha. takde laa, aku xkisah sgt pon sbb barang2 tu aku jugak yg gunakann! agak2 dah kering tahap gaban tu, aku mintak laa duet kat mak! kan mak?? i love you makk! haha.

haa, ni laa aku punya financial advisor! haha.

ni pulak aku punya akak merangkap ..........

tukang angkat barang! haha :P

ok, kita lupakan kisah di jusco. so, masa tgh jalan, aku msg abg aku. aku nak ajak dia pegi danga bay dan dia pon on jugak! so lepas dah menabung di jusco, we all heading to danga bay pulak. saje nak merasa lepak ptg-ptg kat sana!

couple tu abg aku dgn kak nunna. paparazi! haha.

finally, aku dpt upload gamba cucu sulung! si kakak!

gamba org tgh photoshoot kat DB!

ok, aku tau gamba kat danga bay tak byk sbb aku tak berkesempatan nak snap byk2. sbb hari nak hujan. so kitorang pon pi minum ptg kejap then terus balik umah. dan hingga aku mengupload entry kali ni pon, hujan masih lg lebat diluar sana. takpe, byk masa lg! kalau aku dtg, aku lepak danga bay lg ye! :)

sudah2 laa mengarut tu jaa! pi turun bawah, makan! ok, aku off kat sini dulu. nak dinner utk kali kedua pulak! haha. bye!

santa bagi hadiah weh. grrr!

23 dec 2010 - UALCC christmas exchange! woww, i like! dapat hadiah besarr punya! haha.

sebelum

selepas

hmmm! best laa aku malam ni. tido dgn lampu baru! haha. dan paling gampang skali, aku dapat present tu dari housemate aku sendiri. haha! so lepas ni, hari-hari laa ko tgk lampu tu weh! wahaha!

btw, thank you semua! tp mcm tak best sebab tak cukup ahli angkatan! yaya & kak jue is missing! yaya cuti buat anak (ops!) dan kak jue ada masalah sikit tp aku enjoy aritu. sbb apa? sbb 24hb aku onleave! haha.

selamat hari menggatal, ops! selamat hari natal :)

holi holi holiday! yeay! haha.

hello belogku yg kurang sikit sawangnya kali ni! haha! bila cuti, keje aku updated belog jelakan! mana ada masa nak buat luahan hati ke hati selalu kat belog! so, bila dah free, aku akan laksanakan tugas utk menulis kisahkisah gampang aku kat sini. heh!

ok, sekarang aku bukan di kl, melaka mahupun rumah hijau di atas bukit! hehe! aku kat jb! saje je jalanjalan bawak mak. bosan dah duk kl ngn melaka. nak jalan jalan je skrng! haa, mcm nak gempak, budget cam gi over the sea laa kann padahal 3jam perjalanan je nk sampai jb ni! hampehh!

so planning utk hari ni, insya Allah (maher zain) wakaka, after lunch nak bawak mak shopping dulu kot! tp tak tau nak kemana. tgk laa nnti, mana yg best, kat situ laa aku menghabiskan duet! haha. then ptg, maybe just lepaking at danga bay. cuci mata! auuww! ;)

happy holi holi holiday weh! have funn! (:

Luahan hati yg tgh lara.

cehh, ayat macam nak gempak gila laa kann! takde laa, mmg tgh lara pon hati ni weh! nak tau kenapa? sbbnya..

camni, macam biasa laa kalau hari jumaat, lepas jumaat mmg aku dgn kawan kawan akan lepak kat masjid dulu sampai pukul 2 lebih! sbb malas nak keluar awal awal sbb nnti stuck dekat pintu masuk masjid. so kami pon borak borak laa dulu.

then bila dah pukul 220pm camtu, kitorang pon terus laa gerak! nak dipendekkan cerita, pangggg!! hp aku terlepas jatuh dari genggaman tgn! oh, tidak! sedinya aku weh! bila aku angkat hp tu, terus dah tak boleh on! dan paling sedih skrin kaca dalam tu dah retak seribu! oh, berderai skrin tu sama macam hati aku yg berderai.

penat aku keje selama ni. hp tu aku dah pakai tak sampai setahun lg! yes, aku tau bole repair pakai warranty tp aku tau kalau repair pon mesti mahal jugak charge tambahan dia sbb skrin dalam yg kaca tu dah retak seribu!

ok, takpe laa! aku anggap takde rezeki aku nak pakai hp tu lg! kalau aku repair balik pon, aku akan bagi atau jual kat org lain! dan macam biasa laa, klu ada sape sape yg baca belog aku ni, tlg laa send back to me korang punya hp no sbb aku dah hilang sume contact no korang! gtg, take care! bye.

"good bye my sweetheart n900"

Zaki's Family (:

here, zaki's family! my super duper bestfriend! aku dgn dorang ni dah macam abg, akak dgn adik! haha! mereka laa tempat aku luahkan segalanya! dah lama x jumpa! last jumpa pon masa sama sama pegi wedding kawan kitorang! si cik yam tu! so masa kat sana, ni jela gamba yg aku sempat snap! :)

cantikkan si fad ni? aku suka gamba ni (:

ni baby dorang, Faris Zayyan! *ejaan tak tau betul ke tak!*

dua-dua comel! haha.

ni family besar zaki dgn fad skrng! moga berbahagia weh!

Salam Maal Hijrah.

bagusnya cuaca hari ini kann? sesuai utk bersantai bersama keluarga! hmm, aku pagi ni awal awal dah bgn! sbb dikejutkan oleh jeritan anak anak buah aku! heh! pening kepala bila bgn secara mengejut! so, apa plan arini?

xde pape yg best ponn aku rasa! just duduk umah, kemas barang sbb ptg ni nak balik kl dah! esok kerja!! urghh! (mengeluhh!) ok, seriously aku mmg berada di tahap kemalasan yg melampau! haha. boleh tak nak apply cuti lama lama? hmm, mmg xbolelah kann! nak cuti ponn susah! cuti aku, suka hati aku laa nak apply bila! bullshit lahh! grrr!

so esok aku kene laa berhadapan dgn org org yg aku benci plus menyampah tahap gaban punya! oh, mesti darah aku naik lg disebabkan mereka yg tidak bertanggung jawab! ok, fine! ko bos, tp ada aku kesah ke ko sape? aku pon nak meluat nak layan kerenah ko tu! moody tak tentu pasal! dah, ko boleh berambus dari crita aku ni.

utk cuti yg terakhir ni, aku nk nikmati sepuas puasnya! nak topup tido balik, topup makan lg! ops! makan tak yah topup laa jaa! diet wehh! ceh! ok,lah! maybe ni entry aku yg terakhir! ntah bila laa nak update lg! byk bnda yg nk di update, tp bila tahap kemalasan melanda, aku delay laa dulu. haha!


"Salam Maal Hijrah utk semua Muslimin dan Muslimat!"

**********************

-OFFLINE-

Good bye Sayang !

dear Eunice. ok, i tau tinggal lg berapa hari je before u berambus dari company kann! ouh, shit! rindu laa lepas ni dengan u syg! dah hilang sorang member kamcing! kalau u takde, siapa yang nak smoke dalam toilet lelaki? siapa yang nak teman i pergi Guardian masa lunch? hmmm!

it's ok lah syg! I WISH U ALL THE BEST! nnti kita pergi tgk kelip-kelip lg okay! haha. kalau ada pape, u msg i ok! mana laa tau ada kerja baru dekat bank lain kann! ok, see u dekat koperasi Ambank ya! ops! rahsia! haha.

mencapup ; gamba yg tengah tu ada Yaya kat belakang! ok, sibukk! rosakkan gamba gua dgn Eunice je! haha! *jgn marah ye kak!*

Rumah Hijau Atas Bukit (:

haha! atas permintaan seorang budak yg suka "siasat" lokasi aku, aku buatkan khas entry ni untuk dia! my best stalker! wahaha! weh, inilah rumah hijau atas bukit ngeng! rumah hijau sebab kaler dia hijau! atas bukit sebab kedudukan dia di atas bukit! haha! aku bukan laa melancong ke pahang ke, cameron ke! ni umah akak aku kat nilai je! haha. puas hati stalker? :P

rumah kaler hijau :)

kawasan berbukit-bukit!

so,puas hati tak cik puan stalker? so lepas ni dah tak payah nak pening pening kepala nak menyiasat k sebab aku dah bagi jawapannya! harap presentation aku memuaskan hati ko ye! haha.

so sampingannya, saje je gatal gatal amik gamba ni! nak bg blog aku nampak meriah sikit laa kan!

kalau korang perasan, dulu aku ada juga upload gamba bunga ni masa aku mula mula dpt dslr dulu. aku memang suka gila ambik gamba bunga ni. cantik weh bunga ni! kalau aku kawen, aku nak letak bunga ni kat atas satu balang yg diisikan air dan bunga ni! cuba korang bayangkann?? haha :) ok,lah! dah malas nak mencarut lg! nnti aku update lg!


bye-bye cik stalker ku! :)

jam dah menunjukkan 2.05 pagi !

ok, 2.05 pagi ; 5 disember 2010! hey gemokk, hang tak geti nak tido ka? haha! ok, maybe ni last entry aku utk hari ni (4 disember 2010) heh! ok, macam biasalah, aku dah tukar lg image blog aku. semalam baru aku beli background ni kat Jusco! haha! cam haram jadahkan statement! mata aku pon dah mamai dan berada di tahap mengantok gilos! sebelum tido, aku just nak muhasabah diri sikit!

td aku ada chat dgn sorang hamba Allah ni di fb! mengisah suatu benda yang aku rasa ada betulnya apa yang dia kata! hmm! aku pon harus berfikir cam dia! gaji yg tinggi, jawatan yg bagus tak akan menjanjikan apa apa pulangan kalau itu hanyalah contract ataupun permanent contract! dlm kegawatan ekonomi plus harga keperluan yg melonjak naik ni, aku harus fikirkan sesuatu utk masa depan! sekarang baru aku sedar kenapa dan mengapa org meninggalkan ***! thanks bro! ko dah bagi aku kesedaran! aku hargai sgt sgt wehh! dan apa yg tersirat dan tersurat dlm conversation td, aku akan jdkan iktibar! bukan utk diri aku je tau! utk kawan kawan aku yg dah menempuh alam pekerjaan, kalau laa korang dah bertahun kerja tp tak permanent permanent lg, baik laa korang beredar dari company tu dan carilah keje lain! terutamanya laki. klu keje tak stabil, camne nak jaga anak bini org! camne nk buat loan umah dan sebagainya. so, renung renungkan dan selamat beramal! :)

oklah semua! dah terlampau lewat sgt dah! even esok masih cuti, tp aku tak nak sia siakan masa tido malam aku. masa itu emas wehh! haha! selamat malam. salam!

*aku rasa entry aku kali ni macam sopan wehh!*

aku nak capupkan budak ni. haha!

ni nama dia yaya! laki dia nama pali. ok, itu je! bye.

hahahaha -.-

Masjid Kristal Ganu Kita !

Masjid Kristal? bagus sgt ke tempat tuh? sampai jadi pusat pelancongan kat Terengganu tuhh! ok, aku tanya dan biar aku yg jawabkann! haha! bagi aku la kan, masjid kristal mmg superb! sebab? area kawasan dia tenang je! bersebelahan dgn sungai! then persekitaran yg bersih dan mcm biasa la kan, struktur binaan yg membanggakan! TAPI, bangunan dia kotor sikit laa! means yg part cermin cermin tu mcm dah berkeladakk! kalau laa dicuci semula, alaa, mcm bgnn kat kl yg tinggi tinggi ni lakan! bila kotor je, nnti ada org cucikan! mcm cerita cuci cuci service tuhh! haha!

masa aku dtg mmg bangunan masjid agak kotor jugak laa! tapi kalau dah dicuci, confirm bersinar sinar! klu nak lagi kilat, pakai laa sunlight! heh! so, kesimpulannya, kalau diberikan keizinan, mmg aku nak dtg lg! insya Allah next year, kaki aku akan melangkah lagi ke negeri Terengganu!


Masjid Kristal, Terengganu!

H E R O !

++ hey, my name is Farish Nur Iman Mohd Shamsul ++

inilah HERO, cucu Arwah Abah dgn Mak!
cucu lelaki sulung laa katakan!

************

ok,aku tgh bosan dan tak tau nak update apa!
ni cucu wira pertama. ada 3 lagi cucu wirawati yang
gambanya bakal diupload disini. semua lasak dan nakal!
sape nakal, acik jaja tak belanja ais kerimm! heh!

jiwang kejaps! heh!


Gio - Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan

maafkan daku!

seharian ni aku ambil masa,

memikirkan benda yg tak pasti!

dgn berbekalkan nasihat ibunda,

akhirnya,

"maafkan daku!"

segalanya sudah tertutup!

serius, aku tak tiru !

ok, memang hampehh betol laa kan! camni. arini tiba tiba aku rajen laa pulak nak hias hias sikit blog aku nihh! kononnya nak nampak cantik laa kan tapi padahal dah macam tadika! kalerful gila dengan polkadot yang warna warni! heh!

dipendekkan cerita, lepas aku dah siap siap tukar background, adjust tu, adjust ni, aku saje nak buang masa nak baca blog kawan yang lain! ok, sekali buka kat blog budak ni, haha, memang aku sengal dan gatal isi otak sebab background sama! cehh! ok, aku dah malas nak tukar yang lain!

"kepada Sina, ok jaa tau background blog kita dah tersama! wahaha! cam gampang dah jaa tengok! tapi jaa dah malas nak tukar! biar jelah sama ye! tp blog sina memang lagi gempak laa kan! :)"

Thank You.

sebab apa thank you? ntah! aku pon tak tahu! haha. bahlol betol laa! ok, aku sekarang ada kat tempat yang aku paling suka! "rumah hutan atas bukit!" erkk, apakah? haha! rahsia laa.. mana bole habaq kat hangpa semua! nanti habis aku kene terjah! *macam crita tv3 laa pulakkan!*

fyi, today start aku cuti cuti malaysia! haha! tp tak travel mana pon! just spend masa dengan yang tersayang! hirup udara segar! hijau kat sini! tak macam kl durjana tu, buka tingkap pagi pagi makan asap! dush! sini tak sama macam sana! dats why aku suka tempat ni! hey company, transfer kat area sini laa ngok! lagi sodapp! :)

oklah, aku nak menjamah hidangan dulu. menu apa? ofcourse laa feveret gua! ayam masak lemak cili api dengan ikan patin masak tempoyak! nyummy! tp sayangnya, aku tak makan tempoyak! jgn tanya sebab apa ye! heh!

ok,bye -.-