Slow² laa bro! ;D

plan nak diet? boleh percaya ke? haha. okayy laa dulu mmg aku "hot-hot chicken shitttt" tapi skrg tak lg! takde laa nak slim sgt weh! mmg xkan dapat lakan! cuma nak kurangkan sedikit berat badan utk kesihatan. so, selepas di nasihatkan oleh seorg consultant yg tak berbayar, aku pon slow2 laa bina badan balik :)

mula2 aku start dgn jogging. mula2 nak start nak jogging balik tu, hanya Tuhan jela yg tahu! mmg semput gila nak mammmmm! sampai terduduk aku kejap kat taman. haha! nampak sgt dah jarang bersukan. yela, dok ofis ngadap PC je dr pagi sampai ptg. ni bila dah cuti2 Malaysia ni, baru laa semangat nak diet! so, sehari aku amik masa sejam jela utk jogging. ok la kan dr tak jogging langsung. so lepas jogging, buat senaman ringan dan juga sit up utk hilangkan sedikit keboroian kat perut aku ni :P

utk beberapa hari ni, dpt laa rasa sikit. lemak babat aku yg dulu keras gila, dan jd bendalir sikit! dah terbakar kot! haha. makan pon dah kurang. nasi cuma sehari sekali. klu lapar jugak, cari alternatif lain seperti roti ataupun cornflakes dgn susu. cukup laa dpt fitkan badan sedikit. klu slim sgt, pengsan pulak korangkan. haha :P


so, aku harap sgt, aku boleh jadi mcm Encik Slim ni dan aku nak ucap bye byeee forever dekat Encik Bunch. Insya Allah!

Majulah sukan untuk Jaa :D

takde khoje! hehe :D

Okayy, aku nak mencapubkan budak ini. hihi :D
aku tak tahu la kenapa bila upload gamba dlm blog ni, gamba jd mcm x sharp! blurr tp dlm lappy clear! grrrr.

cantikkan? tp maaf la ye kpd semua org2 bujang kat luar sana. budak ni "Janda" aka "Dah Berpunya" haha! so melepaslahh korang termasuk laa aku. opss! joking! so aku dah capubkan sekali kekasih gelap dia yg kat atas tu! *marah afiq aku letak gamba peluh dia.* hehe!

Motif: aku tak tahu nak update apa. so aku tlg laa buatkan satu entry utk capubkan kawan aku ni. kpd si pembaca yg berkenan, harap maklumlah ye, borang permohonan dah habis! byee.

Cerita lepas :)






ok, gamba aku mmg byk kat sawah padi :)

baru laa aku berpeluang utk update blog! laju pulak internet arini kann! hehe. so, aku nak cerita masa aku pi bumi jelapang padi, Kedah daru Aman! mmg aman weh! serius! no jammedd!! :)

inilah antara tempat-tempat yang aku sempat singgah! serius aku suka sana. sbb? mknn murah! nasi lemak 60sen bro! kat KL mmg takkan jumpa laa! dan yg sgt2 aku suka, tak byk kereta di area Alor Star! boleh memandu sambil tutup mata! hehe (nampak benor nipunyaa!) haha. dan kawasan sawah padi, terima kasih sbb berikan ketenangan buat aku :)

aku tak nak cakap byk dah! cuma aku harap, suatu hari nnti aku dapat ke sini lg! Amin :D

Okayy, aku kembali lagi :)

CEHH! macam laa femes sgt nak letak title cenggitukann! haha. okay, aku akan kembali untuk mencarut di belog yang aku chentai nihh! :P dah lama aku berniat nak update belog ni. tp disebabkan sedikit masalah teknikal, tu yg tertangguh-tangguh! yela, pasal masalah server yang tersangat laa lambat macam siput khinzir! heh!

tapi masalah yang paling merunsingkan aku skrg ni, aku susah nak tido malam! even hujan lebat kat luar. sesejuk mana skali pon bilik aku, aku tetap tak boleh tido! oh, aku dah lepaskan peluang keemasan untuk tido masa hujan! :(

so, camne? apa yg aku nak kene buat? aku dah paksa tido tp still tak leh tido! Grrr. Sabor jelahh!!

Lagi-lagi Holiday :)

ok, byee semua! aku akan meng"off"kan belog utk tempuh seminggu. jaga diri semua! doakan perjalanan aku pergi dan balik selamat semuanya. aku akan ke Kedah D.A utk bercuti. nak explore negeri org pulak! bosan dah kat Key Hell ni :P


bye byee ; O F F L I N E !

Bila aku tak boleh tido....??

bila aku tak boleh tido, aku akan buat semua kerja yg aku rasa tak payah buat pon takpe! nampak sgt mmg tgh bosan gilosss!! disebabkan dah bosan nak mampus, aku pon update la blog! sedangkan dlm keadaan camni, aku mmg takde idea dan semangat langsung nak menulis!

aku pasrahkan diri laa jugak akhirnya sbb aku dah tak tahu nak buat apa. so, terberanak laa entry ni pukul 3:06 pagi bersamaan 9hb Mei 2011. dgn muka blurrr tahap gaban ni termuncul laa satu idea yg aku mmg dah naik gila melayan! berulang-ulang kali aku layan benda ni sampai panas lappy aku. tapi aku tak pernah bosan.

"Here With Love" seperti gamba diatas, adalah satu video yg bertemakan lagu feveret aku. telah direka khas oleh seorg seniwati yg aku sendiri tak tahu asal usulnya. haha :P rasa macam nak upload je video tu kat belog aku ni tapi disebabkan video tu terlampau special buat aku, biarlah aku sahaja yg tahu isi kandungannya! (bukan aku sorang je yg tau psl video ni, ada lagi 2 3 org yg tahu jugak actually!)



Thank you so much utk pereka video ni

Kisah 4 tahun lepas, ohsemm! ;D

terbongkar laa rahsia dimana betapa sengalnya muka aku dulu yg kurus kerempengg dan juga berjerawat batu di pipi dan dahi. wahaha ;DD berjuta kali aku fikirkan sama ada nak upload gamba ni ke tidak! tapi terpaksa laa aku relakan diri utk menguploadnya sbb ni jela last gamba zaman dulu² dgn cinta hatiku. aauww! (gedikkan? suka hati saya ok. ini belog sy! sy suka menggedik kat belog sy sendiri! thank you)



taarraa, YES ini kisah 4 tahun yg lepas! if im not mistaken, gamba di diambil tahun 2006. ni kat blog junior Septech! slim tak haku? OMG, muka aku bersepah jerawat wehh! tapi sekarang dah takde lg! sbb aku gunakan sabun pencuci TIA AMELIA! wahaha! siap promote lagi tuh. kann! haha. sekarang badan pon dah chubbbbyyy! tp aku tak kisah sbb masih ada lagi yg sudi utk menyayangi :)



inilah yg paling latestttt! gemukkan haku? dgn pipi yg melayut tu! damnn! mana taknya, asyik dok makan makan dan makannnn! tapi aku happy bila jumpa makanan! selamat laa si Dia tak halang aku makan! dia x kisah aku makan byk tp dia selalu nasihat supaya bersenam! makan2 jugak, kesihatan kene jaga! ok, sayang! noted! :)


Sayang,
thanks sbb sudi nasihat abg!
thanks sbb sudi jaga pemakanan abg!
thanks utk segala-galanya.
abg bahagia sgt-sgt dgn awak!
seriously


L
VE ; Adzhar Powdzi
2:52 pagi / 07 Mei 2011

Laporan kesihatan. ouhh damnn!

doktor cakap kandungan takde pape! baby normal :P
shitt, aku tak nak perut ni lagi. help meee!

okayy aku dah give up! tak tau nak buat camne dah
dgn kandungan aku ni. aku nekad utk bersalin secara normal.
korang doakan aku selamat melahirkan ye :)


peace! :P

Murtabak Maggie berjaya!

hey holla, arini aku nak share camne nak buat satu hidangan yg paling simple nak mati kat dunia utk org yg pemalas nk beli mkn kat luar mcm hakuu! mungkin ramai org dah tau kot pasal mknn ni. cuma aku je yg baru nak mencuba! haha. inilah dia, persembahkan :)

seriously sedapp wehh walaupon bahan² dia mmg senang gila nak dapat! just perlukan maggi, telur, bawang dan juga cili sbg hiasann! tp aku takde laa letak cili sbb cili dlm peti ais tu dah kecutt! hehe.

bahan-bahan;
  • 2 peket maggie tak kira apa2 perisa
  • 3biji telur
  • bawang
  • cili
  • minyak (utk menggorenggg!)
cara-caranya;
  • potong bawang dan hiriskan cili ikut kreativiti korang.
  • rebuskan maggi tu dlm air panas tp jgn sampai kembang! lepas tu toskan dia drpd air yg panas menggelegak tuhh!
  • pecahkan telur, letakkan sedikit garam dan pukul aduan telur tu sehingga sebati.
  • masukkan maggi yg telah direbuskan, bersama hirisan bawang, cili dan juga perencah maggie tu tadi. dan gaulkan semula bahan sehingga sebati.
  • panaskan minyak dan gorengkan bahan² yg digaulkan td sehingga kuning keemasan! klu kaler dah kehitaman tu makna ANDA GAGAL! haha :P

mudahkann? dan hasilnya seperti inilahh, taaarraaaaaaaa!!

"Murtabak Maggie"


S e l a m a t M e n c u b a ! :)

Aisitheru by Zivilia

Aisitheru Cinta! haha. coolkan lagu ni? actually lagu yg ada kat blog aku ni, itulah lagu Aisitheru. first time aku dgr kot! itu pon setelah diperkenalkan oleh bffku si Yun Zirafahh! haha.

masa tgh mkn semalam, aku check Blackberry dia, so dia kata ada lagu best! so dia pon playkan lagu tu. perghh, telinga aku mcm tak hengat laa pulakkan layan lagu ni. so apa lagi, bluetooth laa jwbnya! so tanpa segan silu, terus letak dlm blog. dan mungkin ni band dari Indon kot! ntah, aku pon tak tauuu.

so layankan jela ye! aku kasi lirik sekali. mari mariii! :P

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan hati harus

Menunggu sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpa dirimu
Kadang hidup harus cari pengganti
Saat kau jauh disana

Gelisah sesaat sajak tiada kabarmu kucuriga
Dan tak berhenti dan tak akan sia sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus

Bertahan saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiran ku melayang
Kadang ku ada tempat dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Reff:

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Maka itu pejamkan mata mu
Dan rasa kan a... a... ku

Katakan cinta kita takkan perah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai... ai... Aishiteru

Brige:

Saat ku sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan gelisan dan
Kenyataan hidup tanpa gairah
Ou... o...

Banyak segala misi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali