Slow² laa bro! ;D

plan nak diet? boleh percaya ke? haha. okayy laa dulu mmg aku "hot-hot chicken shitttt" tapi skrg tak lg! takde laa nak slim sgt weh! mmg xkan dapat lakan! cuma nak kurangkan sedikit berat badan utk kesihatan. so, selepas di nasihatkan oleh seorg consultant yg tak berbayar, aku pon slow2 laa bina badan balik :)

mula2 aku start dgn jogging. mula2 nak start nak jogging balik tu, hanya Tuhan jela yg tahu! mmg semput gila nak mammmmm! sampai terduduk aku kejap kat taman. haha! nampak sgt dah jarang bersukan. yela, dok ofis ngadap PC je dr pagi sampai ptg. ni bila dah cuti2 Malaysia ni, baru laa semangat nak diet! so, sehari aku amik masa sejam jela utk jogging. ok la kan dr tak jogging langsung. so lepas jogging, buat senaman ringan dan juga sit up utk hilangkan sedikit keboroian kat perut aku ni :P

utk beberapa hari ni, dpt laa rasa sikit. lemak babat aku yg dulu keras gila, dan jd bendalir sikit! dah terbakar kot! haha. makan pon dah kurang. nasi cuma sehari sekali. klu lapar jugak, cari alternatif lain seperti roti ataupun cornflakes dgn susu. cukup laa dpt fitkan badan sedikit. klu slim sgt, pengsan pulak korangkan. haha :P


so, aku harap sgt, aku boleh jadi mcm Encik Slim ni dan aku nak ucap bye byeee forever dekat Encik Bunch. Insya Allah!

Majulah sukan untuk Jaa :D

No comments:

Post a Comment